SELAMAT DATANG KE TERATAK BALAU

Diari 7 Mac.

Aku off day hari ni…. Agak letih bangun dari tidur maklumlah semalam tidur lewat. Sebut pasal semalam ni kalau dalam bahasa Indonesia KEMARIN sebab SEMALAM maksudnya waktu dua tiga hari lepas ….. ??. Lepas balik dari solat Subuh aku melepak di sofa sambil memonton TV . Isteri pulak tak ada ..katanya pergi facial .. kalau tak boleh chatting . Walaupun jauh tapi hari-hari boleh chat dengan isteri dan anak-anak jadinya kuranglah sedikit perasaan rindu .
Rupanya aku tertidur kerana sedar-sedar aja member yang lain dan pergi kerja… oh bestnya rehat hari ni tak ada siapa yang kacau. Hj Azhar pun off sama dengan aku.. tak sedar rupanya member tu tengah buat jemput-jemput. Itulah untung ada member macam ni…. dia masak kita makan ..

Buat masa ni member seruman aku Suhaimi Abdullah dan Yacoob dah ada kat Malaysia dan si Majid pula dalam perjalanan nak balik kesini. Beruntunglah member yang sedang bercuti tu… aku pula tak tahu lagi ,rasanya lepas plant startup turn aku pulak balik. Buat masa ni aku agak sibuk sedikit maklumlah tengah commissioning plant dan InsyaAllah hujung bulan ni akan startup. Berdoa kepada Allah semuga semuanya berjalan lancar dengan selamat.
12 Rabbil Awal merupakan hari kelahiran nabi kita …. Kalau kat Malaysia itu merupakan cuti umum tapi kat sini sorrylah cuti hari raya dan National Day aja cuti . Selanjutnya untuk bacaan darihal Maulidil Rasul.

Selamat menyambut Maulidil Rasul… banyak-banyakkan berselawat keatas nabi kita.

Jangan Mengeluh

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI ?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

baca seterusnya......

Cinta Suami

Disatu petang yang hening….

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami....baca seterusnya