SELAMAT DATANG KE TERATAK BALAU

TV vs H/P

Wife is like TV, girlfriend is like Handphone (h/p)

At home watch TV, go out bring h/p.

No money, sell TV. Got money change h/p.

Sometimes enjoy TV, but most of the time play with h/p.

TV free for life but h/p, if you don't pay the services will be terminated

TV is big, bulky and most of the time old, but h/p is cute, slim,

curvy and very portable at any time.

Operational cost for TV is often acceptable but for h/p is high and often demanding,

Most Important, TV got remote.. h/p don't have..



Last but not least....... .

TV do not have virus, but h/p yes......... .have VIRUS......... once get it, terus KONG........ hahahahaha. .....
so better choose TV .....

Macam-macam


1) Lelaki yang sederhana serba-serbi mungkin cakap, ada 4 anak pun cukuplah.. tapi lelaki yang cukup serba-serbi akan kata...ada 4 bini mesti best!

2) Ibu ayam kampung cukup garang dan bengis kalau anak die yg baru menetas kene kacau...tapi ibu ayam kat bandar cukup suke kalau 'anak2' die kene usik....

3) Orang yang sentiase ingat TUHAN bangun awal pagi utk SEMBAYANG SUBUH..tapi...org yg fikirkan kesihatan bangun pepagi semata-mata nak JOGGING..

4) Anak dara cukup bangga kalau boleh MEMPERTAHANKAN kedaraannya. Tapi anak teruna cukup bangga kalau dapat MEROSAKKAN dara!

5) Orang beriman selalu ingat, YANG HIDUP MESTI MATI...tapi orang yg tak cukup iman cakap.. HIDUP MESTI TERUS HIDUP...

6) Bebudak sekolah selalu belajar kira-kira dari kosong sampai sembilan....TETAPI....orang 'tak sekolah' biase ngan 4 nombor ekor jek......

Alahaiiii...

Embed radio Naysid FM


Kawan2 disini aku ada bagi HTML code untuk Naysid FM embed bagi yang nak add in ke blog masing-masing.
Copy code HTML dan paste ke HTML box. Selamat mencuba.

Pantun Mari Sembahyang yang manja ……….

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

P/s: 4wad laa ape Lagi!!..hehehe. Pastu gi lah solat….

Renung2kan Dan Selamat BeramaL!!...

Yg. Baik tuh dari ALLAH, yg. Buruk tuh Dari kite sume arrr.....

Sekadar satu lagi perkongsian....

JANGAN MENGELUH ..........

Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah
menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Renungan

Dunia memang indah dan mengasyikkan, secara tabi'i manusia sukakannya.
Namun, balasan syurga yang di sisi Allah jualah yang lebih baik untuk kita:


Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya
(Ali-Imran :14-15)

Lawak Sengal

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.
Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?'
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....

Hari Ibu

Hari ini merupakan hari ibu buat insan yang bergelar IBU. Tak lupa aku ucapkan selamat hari ibu buat ibuku tersayang dan juga buat mertuaku yang berada di Muar. Ucapan ini juga aku tujukan khas buat isteriku yang telah melahirkan empat orang zuriatku....



Nampaknya isteriku juga dapat sepucuk surat khas dari anaknya.. Buat anakku Fatin Norjihan ayah sentiasa mendoakan agar anakanda akan lebih berjaya lagi.

Awalan


Assalamualaikum.


Bersyukur kepada Allah dapat aku untuk mencoritkan kata-kata tanpa suara bagi tatapan semua. Sudah lama aku nak teruskan blog ini tapi kesibukan masa menghalang untuk meneruskannya. Tapi ku cuba juga untuk mencuri masa emas ini untuk coretan..

Isteri dan anak-anakku, sesungguhnya diri ini sentiasa menyayangi dan akan terus menyayangi .....