SELAMAT DATANG KE TERATAK BALAU

Bertambah Ramai Lagi

Alhamdullilah.
Pada Isnin yang lalu ( 7 hb Julai ) telah sampai 13 orang lagi rakyat Malaysia yang akan berkerja di Yansab. Akhirnya penantian mereka selama ini menjadi kenyataan dan alam baru akan di tempuhi. Terlalu banyak cubaan dan rintangan terpaksa mereka tempuhi terutamanya keluarga, kawan-kawan juga ditempat kerja. Ingat satu sahaja pesanan untuk teman-teman baru ini WALAUPUN SIAPA KITA DAN DIMANA KITA TAPI KITA TETAP HAMBANYA TETAPKAN NIAT KITA DAN SENTIASA BERDOA UNTUK MEREKA YANG KITA TINGGALKAN AGAR MEREKA TABAH MENGHADAPI DUGAAN DAN DIJAUHKAN DARI FITHNAH MANUSIA. InsyaAllah niat yang murni akan dirahmati Allah.

Umrah

Assalamualaikum.

Bersyukur kepada Allah kerana dapat aku dan rakan-rakan ( Suhaimi, Azali, Majid, Azhar Dollah, Lobo, Azmi, Azahari dan kawan Azahari) melakukan Ibadah Umrah, kami bertolak pada jam 6 pagi dan sampai di Miqat Masjid Jup'prah pada jam 8 pagi. Setelah mandi dan sembahyang sunat ihram kami bertolak ke Mekkah dan sampai disana pada jam 11:00 pagi. Check in di hotel dan bersiap untuk ke Masjidil Harram . Cuaca agak panas sekitar 47 c. Sungguh terharu sedih berdebar dan macam-macam lagi perasaannya apabila dapat aku melihat Kaabah didepan mata aku sendiri. Ya Allah kaulah yang maha besar maha agung ...... Tak dapat aku nak ceritakan tapi aku doakan agar rakan-rakan yang lain dapat berkunjung disini. InsyaAllah minggu hadapan kami akan ke Madinah pula. Itulah nikmatnya dan hikmahnya berhijrah ke bumi Ambia malah rugi peluang didepan mata diabaikan.

Wassallam.