SELAMAT DATANG KE TERATAK BALAU

Bertambah Ramai Lagi

Alhamdullilah.
Pada Isnin yang lalu ( 7 hb Julai ) telah sampai 13 orang lagi rakyat Malaysia yang akan berkerja di Yansab. Akhirnya penantian mereka selama ini menjadi kenyataan dan alam baru akan di tempuhi. Terlalu banyak cubaan dan rintangan terpaksa mereka tempuhi terutamanya keluarga, kawan-kawan juga ditempat kerja. Ingat satu sahaja pesanan untuk teman-teman baru ini WALAUPUN SIAPA KITA DAN DIMANA KITA TAPI KITA TETAP HAMBANYA TETAPKAN NIAT KITA DAN SENTIASA BERDOA UNTUK MEREKA YANG KITA TINGGALKAN AGAR MEREKA TABAH MENGHADAPI DUGAAN DAN DIJAUHKAN DARI FITHNAH MANUSIA. InsyaAllah niat yang murni akan dirahmati Allah.