SELAMAT DATANG KE TERATAK BALAU

Cinta Suami

Disatu petang yang hening….

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami....baca seterusnya

Makan Malam

Malam tadi kami dari Radwa 6 berkesempatan makan malam bersama-sama sempena.... makan malamlah.... betapa akrapnya penghuni rumah ini tak kira dari mana ceruk datangnya.

Asal usul Capuccino


Article ni aku copy dari blog Dr Azwan…

Siapa Saint Capuccino ni?



Oh rupanya seorang paderi kristian yang membantu menghalang tentera Turki memasuki Vienna pada tahun 1683. Ini adalah kejayaan eropah menghalang dari kemaraan tentera Islam.

Untuk tujuan itu beliau dianugerahkan gelaran orang suci atau Saint.

Mengikut lagendanya, apabila Turki meninggalkan Eropah, mereka meninggalkan satu karung yang berisi buah kopi. Pada asalnya orang eropah menyangkakan bahawa ia adalah makanan unta, maklumlah pahit bak kopi pak belalang...

Tapi Paderi bernama capuccino ini bijak dan berinovasi. Beliau menghasilkan sebuah minuman istimewa dengan mencampurkan kopi ini dengan madu dan susu.

Itu aja? Mudahnya... !!

So kalau anda nak minum minuman Saint Capuccino al-Vienna ni, cuba bayangkan senyumannya, wajahnya dan kepalanya yang licin itu... InsyaAllah bertambah-tambah selera anda.... :)

Wallahu A'lam.

Ketam…..

Tak lama dulu ada seorang Melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik Cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam Cina.... sana dalam bekas tak ada tutup…ketam Melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.


 

Oppss… agak-agak macam mana pulak ketam sapi…. rasanya tak keluar pun sebab asyik nak bercakar aja.

Dunia... Kegawatan

Dunia dikala ini sekali lagi sedang mengalami kegawatan ekonomi . Ana teringat sekitar tahun 1987 dimana masa tu ana masih tercari-cari perkerjaan selepas tamatnya perjuangan di alam perkuliahan. Akhirnya ana telah berjaya menjawat jawatan sebagai perlukis pelan disebuah syarikat Jurukur di Johor Bahru. Bukan main hebatnya perkerjaan ana dimasa tu dengan berpakaian kemeja kemas sambil membawa suratkabar ke pejabat. Dari situlah ana belajar erti kehidupan maklumlah tahun tu merupakan kegawatan ekonomi dunia melanda.
Ana begitu berhati-hati untuk mengatur perbelanjaan untuk makan-minum , pakaian, tambang bas serta sewa rumah dan juga hantar wang ke kampung . Walaupun susah tapi pelik semuanya cukup , tapi itulah hakikat sebenarnya kerana gaji ana pada masa tu adalah RM 370 aja malah ana masih dapat menyimpan tak kurang sebanyak RM 50 sebulan. Jadinya teman-teman “ukurlah baju dibadan sendiri “ banyak-banyakkan bersabar dalam menghadapi percubaan kegawatan ini……