Dunia dikala ini sekali lagi sedang mengalami kegawatan ekonomi . Ana teringat sekitar tahun 1987 dimana masa tu ana masih tercari-cari perkerjaan selepas tamatnya perjuangan di alam perkuliahan. Akhirnya ana telah berjaya menjawat jawatan sebagai perlukis pelan disebuah syarikat Jurukur di Johor Bahru. Bukan main hebatnya perkerjaan ana dimasa tu dengan berpakaian kemeja kemas sambil membawa suratkabar ke pejabat. Dari situlah ana belajar erti kehidupan maklumlah tahun tu merupakan kegawatan ekonomi dunia melanda.
Ana begitu berhati-hati untuk mengatur perbelanjaan untuk makan-minum , pakaian, tambang bas serta sewa rumah dan juga hantar wang ke kampung . Walaupun susah tapi pelik semuanya cukup , tapi itulah hakikat sebenarnya kerana gaji ana pada masa tu adalah RM 370 aja malah ana masih dapat menyimpan tak kurang sebanyak RM 50 sebulan. Jadinya teman-teman “ukurlah baju dibadan sendiri “ banyak-banyakkan bersabar dalam menghadapi percubaan kegawatan ini……
Bulan Jun yang penuh debaran
1 year ago