Assalamualaikum.
Bersyukur kepada Allah kerana dapat aku dan rakan-rakan ( Suhaimi, Azali, Majid, Azhar Dollah, Lobo, Azmi, Azahari dan kawan Azahari) melakukan Ibadah Umrah, kami bertolak pada jam 6 pagi dan sampai di Miqat Masjid Jup'prah pada jam 8 pagi. Setelah mandi dan sembahyang sunat ihram kami bertolak ke Mekkah dan sampai disana pada jam 11:00 pagi. Check in di hotel dan bersiap untuk ke Masjidil Harram . Cuaca agak panas sekitar 47 c. Sungguh terharu sedih berdebar dan macam-macam lagi perasaannya apabila dapat aku melihat Kaabah didepan mata aku sendiri. Ya Allah kaulah yang maha besar maha agung ...... Tak dapat aku nak ceritakan tapi aku doakan agar rakan-rakan yang lain dapat berkunjung disini. InsyaAllah minggu hadapan kami akan ke Madinah pula. Itulah nikmatnya dan hikmahnya berhijrah ke bumi Ambia malah rugi peluang didepan mata diabaikan.
Wassallam.
Umrah
Buat Rombogan Akan Datang
Untuk kawan-kawan yang berani kesini, disini ana berikan tip-tip untuk memudahkan urusan.
* Bawa bekalan ala kadar berat luggage kurang 25 kg. Wang saku dalam Rm1500 dan tukar di KLIA tapi untuk langkah keselamatan tukarlah sedikit di JB.
* Semasa di Danat Hotel semuanya free. Stay kat situ 1~ 2 malam, jangan lupa order chicken kapsa pasti puas hati.
* Hari pertama sign contract di Ibnu Rush – contact person Abdul Aziz – bawa sijil original dengan gambar 6 keping, passport jangan lupa bawa dan kalau boleh photostatlah di Danat Hotel.
* Lepas selesai terus ke side office Yansab - PMC (Passport akan diserahkan di post guard askar kerajaan yang dilengkap dengan meshing gun lagi) disana berurusan dengan Mr Kurdus & Mr Ned . Sediakan empat keping gambar untuk medical form.Isi form untuk ID barge ( siap dalam 2~3 hari). Isi borang PPE “aku masih tak dapat PPE sampai sekarang” Untuk hari pertama makan free. Kalau sempat boleh ambil advance SR 2000 ini pun kena isi borang.
* Hari kedua buat medical report di Hospital Pakar Alansari – kat sini dapatlah tengok awek Filipin. Pastikan start puasa pada sebelah malahnya. Urusan tak lama take about 1 hour . Selepas register diemergency registration ,diamdil darah , urine dan stool dibilik C12 . Pergi ke emergency semula jumpa doctor untuk physical check , selesai terus ke ground level untuk Xray… kalas
* Hari ketiga pandai-pandailah nak hidup kalau ke Olefins bolehlah jumpa Lobo dan BTX jumpalah Nahar.
Apa-apa hal hati mahu cekal dan banyakkan bersabar sebab kalau berurusan disini semuanya ..................... wait... 5 minuts ...dan lastly tomorrow ....

