Tak lama dulu ada seorang Melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik Cina yang menjual ketam. Oppss… agak-agak macam mana pulak ketam sapi…. rasanya tak keluar pun sebab asyik nak bercakar aja.
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam Cina.... sana dalam bekas tak ada tutup…ketam Melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.
Ketam…..
Dunia... Kegawatan
Dunia dikala ini sekali lagi sedang mengalami kegawatan ekonomi . Ana teringat sekitar tahun 1987 dimana masa tu ana masih tercari-cari perkerjaan selepas tamatnya perjuangan di alam perkuliahan. Akhirnya ana telah berjaya menjawat jawatan sebagai perlukis pelan disebuah syarikat Jurukur di Johor Bahru. Bukan main hebatnya perkerjaan ana dimasa tu dengan berpakaian kemeja kemas sambil membawa suratkabar ke pejabat. Dari situlah ana belajar erti kehidupan maklumlah tahun tu merupakan kegawatan ekonomi dunia melanda.
Ana begitu berhati-hati untuk mengatur perbelanjaan untuk makan-minum , pakaian, tambang bas serta sewa rumah dan juga hantar wang ke kampung . Walaupun susah tapi pelik semuanya cukup , tapi itulah hakikat sebenarnya kerana gaji ana pada masa tu adalah RM 370 aja malah ana masih dapat menyimpan tak kurang sebanyak RM 50 sebulan. Jadinya teman-teman “ukurlah baju dibadan sendiri “ banyak-banyakkan bersabar dalam menghadapi percubaan kegawatan ini……
Mewah Dan Murah
Sudah lama tak bermaya bukan apa cuma merehatkan badan dan minda untuk tumpuan di negara orang maklumlah masuk kandang kambing mengembik masuk kandang unta ....(tak ada kandang unta pun kat sini). Sudah sebulan lebih aku menetap disini dengan menyewa sebuah bunglo berkongsi seramai 12 orang berserta tuan rumah yang tinggal ditingkat bawah. Ada lima bilik tidur , empat bilik air , ruang tamu yang besar serta satu ruangan dapur. Setiap bilik dilengkapi dengan accon termasuk ruang tamu dan juga dapur. Ada dua peti sejuk yang besar juga mesin basuh dilengkapi lagi mesin pengering. Disini tidak mengunakan dapur gas tapi mengunakan dapur elektrik. Itu tak dikira system pepaipannya yang dilengkapi air panas setempat. Aku bukanlah nak bangga dengan kemewahan tinggal disini tapi yang aku nak beritahu sebenarnya bil air dan api untuk sebulan hanyalah SDR 180 aja. Kenapa di Malaysia sumber air dan minyaknya banyak tapi masih tinggi kosnya. Fikirkanlah sendiri....
Al Fatihah untuk roh ayahanda mertuaku yang telah pulang keRahmatullah.

