SELAMAT DATANG KE TERATAK BALAU

Penghijrahanku






Hari ini aku telah berada dibumi para ambia. Alhamdullilah bersyukur segala perancanganku telah bejalan lancar. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menghantar kami di Senai airport .Tepat jam 12:10 hr aku, Majid, Hj Azhar, Azali, Suhaimi ,Azmi(TPP) dan Nizam(TPE)terbang ke KLIA dan tepat jam 15:20 terus ke Jeddah. Perjalan selama 8 jam pada awalnya sedih bercampur gembira dan agak bosan seta letih. Segala urusan kami berjalan begitu lancar , di check point terminal airport King Abdul Aziz tidak ada masallah malah kami dilayan dengan mesra para pegawainya. Aku cukup teruja sebab sampainya kami pada jam 19:00hr telah masuk waktu maghrib dan semua para pegawai serta kakitangan airport bergilir-gilir untuk sembahyang tak kira tempat. Dari Jeddah kami ke Yanbu menaiki van yang sedia menanti kami. Tepat jam 11:45 kami sampai di hotel dan disambut oleh Nahar, Omer and Lobo. Selepas itu semua rakan-rakan yang lain turuk berkunjung kehotel kami. Oh meriah sungguh. Aku pula malam tu tak dapat tidur sebabnya chet dengan isteri tercinta hingga jam 3:30 hr.... maklumlah .. oklah nanti aku sambung lagi.