Hari ini merupakan hari Jumaat pertama aku disini. Waktu subuh disini ialah pada 4:15 hr. Selepas sarapan pagi kami hanya berehat di bilik melepaskan penat semalam. Makan disini agak mahal tapi kuantitinya cukup untuk makan 3 orang. Yalah orangnya disini kan besar-besar belaka. Pada jam 9:00 hr Nahar da Lobo datang dan bawa kami ronda-ronda disekitar bandar Yanbu (Balad). Hari ini merupakan hari cuti jadinya tak banyak kedai-kedai yang dibuka. Kalau dulu Leman or Zuraili mengambarkan bandar Balad ni macan pekan Masai tapi pada aku jauh sekali. Cuaca disini cerah amat dengan suhu kepanasannya 42 c. Bandar Balad ini 10 ganda besarnya pekan Masai tapi suasananya macam pekan Segamat (tempat Jais) 10 tahun dahulu. Maintenence kat sini offspeck betul sampah bersepah-sepah disana sini.
Selepas ronda-ronda kami ke rumah Lobo di RC. Di sini suasananya jauh sekali maintenance ok dan perancangan bandarnya teratur. Pokok-pokok menghijau macam Pasir Gudang. Waktu Zohor di sini masuk pada jam 12:20 hr dan azan memanggil untuk solat Jumaat ialah pada jam 12:00 hr. Alhamdullilah aku dapat sembahyang Jumaat pertama disini. Semua rumah-rumah disini wajib dilengkapi dengan accon juga masjid serta suraunya. Jam 12:15 hr aku ke masjid dan ruangan masjid telah penuh dengan jemaah yang semuanya berjubah putih. Masa menanti menunggu Kutbah dipenuhi dengan mengaji Al Quran (amalam pak arab sebelum solat mereka mengaji).Keadaan disini agak jauh sekali jika dibandingkan dengan Masjid di Malaysia (bukan masjid Pasir Gudang).
Makan tengahari ditaja oleh Lobo dan rakan-rakannya. Makan nasi berani ayam tanpa kuah. Kami makan satu talam (meja yang dibentang plastik) . Rumah disini biliknya besar-besar 20x25 dan hollnya 40x40 purata satu rumah 3-6 bilik tapi harganya sewanya SR4000~ SR8000 sebulan, jadinya satu bilik kena duduk 3 orang. Petang kani balik ke Hotel Danat berehat hingga malam dan esoknya kami kena daftar diri di Yansab. Ok lah nanti kita jumpa.... Wassallam.
Bulan Jun yang penuh debaran
1 year ago